'': FOLLOWER :''

Isnin, 20 April 2009

- TEORI SASTERA -

Teori merupakan satu anggapn, tekaan atau spekulasi tentang sesuatu. Juga sbg bdg ilmu yg meneliti sifat2 yg terdpt dlm teks kesusasteraan yg berkaitan dgn teori itu sendiri. Teori memudahkan sesuatu karya sastera dinilai, ditanggapi dan dipertanggungjawabkan secara ilmiah.
Teori juga dianggap sebgai 1 bdg yg berkaitn dgn pemahaman ttg definisi, hakikat, prinsip konsep, genrelogi dll. antara 1 teori dgn 1 teori yg lain adlh berbeza krn fenomena yg ditanggapinya adlh berbeza. Tp, setiap teori saling berkaitan antara 1 sama lain. Cth: Teori Psikoanalisis Sigmund Freud sangat berkaiatan dengan teori Kepengaruhan Bloom. Rene Wellek pula mendefinisikn teori sastera sbg 1 bdg yg menjelskn perkara2 spt prinsip, kriteria dan kategori sastera. Walaupun berakar umbi kemunculan yang sama dan saling berkaitan, setiap teori memiliki cara yg berbeza dlm melihat dan menanggapi sesuatu fenomena sastera.
Kerlinger; teori sbg 1 himpunan konsep, takrifan dan definisi yg pling berkait yg memberi gambaran scr sistematik ttg fenomena . Ramli Isin: gagasan ttg definisi, kriteria, konsep, prinsip dan saranan yg memperjelaskan sesuatu.
Teori melibatkan 4 proses:
1) Pemerhatian
2) Penafsiran
3) Memperhalusi
4) Penerangan
Teori sastera yg baik ialah yang sifatnya aplikatif.

sumber; a. halim ali, 2006

Isnin, 13 April 2009

KAU ILHAMKU

Makro Teaching terakhir

Assalamualaikum...
10 April 2009..kenangan bersama En Razali Ayob..
Pensyarah Reka Bentuk Bahasa Melayu...
'Dia', bagi aku...insan yang paling kreatif yang telah aku jumpa. Tak kedekut ilmu. Banyak bantu kami menjadi guru yang kreatif, yakin dan bersemangat.. Antara kata2 terakhir En Razali bt aku..."Pakai bj warna terang2, biar nampak garang, biar pelajar takut ckit. pakai kasut tinggi2.." hehehehe...yangpenting, aku dah blh kawal kelas dengan baik, dah lebih serius berbanding sebelum ni..
Kreatif? Terima kasih En Razali kerana banyakkkk sangat beri tunjuk ajar dan cadangan yang kreatif2. InsyaAllah, semua model pengajaran akan saya cuba aplikasikan dalam P&P nanti...dan...InsyaAllah, saya akan jadi guru yang terbaik antara yanga terbaik..Amin....
Untuk rakan-rakan semua, kalian semua hebat-hebat. Pengajaran menarikkkk sangat. Seronok jadi pelajar kalian. Ilmu kita kongsi & buat bekalan untuk praktikum. dan...untuk P&P sebenar kita nanti...Sama-sama lah kita kekalkan dan tingkatkan prestasi kita semua. Bair pelajar 'Tabik" cikgu mereka...wah, wah, wah... Bye2...



Jumaat, 10 April 2009

Memeriksa Karangan Pelajar

Assalamualaimun....
Ni luahan hati aku sebagai seorang bakal guru bahasa. berehat sebentar setelah penat memeriksa karangan pelajar. Nak tahu apa yang aku dapat?Macam2...

Ha...ni satu lagi beban yang terpaksa aku tanggung dalam semester ini, memeriksa karangan pelajar. Tingkatan 5 sains 2..Penat & pening!!! Macam2 gaya penulisan mereka, bahasa pasar pun ada, BI pun ade.. Ni nasib baik tingkatan 5, kalau tingkatan 2 @ 3, tak tahu lah... Dah la karangan yg ditulis oleh pelajar Cina & India. Banyak juga la bahasa pasar yang digunakan. kadang2 klakar juga.
Terfikir juga...mesti inilah yang dirasai oleh cikgu2 aku semasa memeriksa karangan aku & rakan-rakan. Dah la banyak. aku yang 20 ni pun...pening, nak termuntah... Tapi, ini baru permulaan, banyak lagi yang perlu dipelajari. Kalau ilmu dah ckup, mesti semuanya bisa ditangani...
Tapi, ade juga yang hebat menulis. terpegun aku dengan penulisan sorang budak nih..Ayat dia...mak oii..boleh jadi sasterawan lah...pendek kata, budak sorang ni serba boleh lah, sains boleh, penulisan pun boleh...
Ok lah, aku nak sambung siapkan kerja nih..muahhh3...

Hilang mengantuk jap...

Saripah Dora punye tangan...

Ermm..ini kerja ipah dora dalam kelas Reka Bentuk Instruksional & Teknologi. Ngantuk punya pasal, ini jadinya.. Katanya situasi tengah memujuk macam 2.. Yang puan pensyarah lak, tak faham2 yang kami ni ngantuk bangat...penat...Tapi, ape2 pun, aku enjoy giler time nih kerana penangan lawak ipah dora yang boleh dikatakan kalakar lah jugak..
Akanku semat memori beberapa minit ni di Dewan Kuliah L sebagai satu memori yang terindah..sayang ipah dora..Muah2...

Ahad, 5 April 2009

Tuhanku
aku tidak layak untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
tak sanggup menanggung
siksa nerakaMu.
dari itu kurniakanlah
keampunan kepadaku
ampunkanlah dosaku
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar
dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
dengan rahmatMu
ampunkan daku..
Oh Tuhanku.....

Sabtu, 4 April 2009

Pengembaraan Raja Syah Mirdan II

Selesai makan, Nenek Kebayan mengucapkan terima kasih kepada Raja Syah Mirdan. Sebelum pergi, Nenek Kebayan telah menghadiahkan tali yang besar dan panjang kepada Raja Syah Mirdan.

“Cucu bawalah tali ni, kalau ditimpa kesusahan… tali ini boleh membantu cucu.” Pesan Nenek Kebayan sambil menghulurkan tali tersebut kepada Raja Syah Mirdan.

Raja Syah Mirdan meneruskan perjalanannya. Kemudian, baginda tiba di sebuah tasik yang sangat luas. Raja Syah Mirdan tidak boleh menyeberang tasik itu. Kemudian, datang seekor ular yang sangat besar.

“Ha… ni lah makanan aku hari ini.” Kata ular tersebut.

“Hey ular, kau lupa ke? Aku yang tolong kau dulu.” Balas Raja Syah Mirdan.

“Ampun tuanku. Patik lupa dan tak mengenali tuanku. Tuanku nak ke mana?

“Seberang” balas Raja Syah Mirdan ringkas.

“Baiklah. Tuanku meniti saja atas belakang patik.”

Akhirnya Raja Syah Mirdan berjaya juga menyeberangi tasik itu dengan bantuan ular besar.

Raja Syah Mirdan meneruskan lagi perjalanannya dan tiba disebuah perkampungan. Negeri itu mempunyai masalah besar. Puteri raja negeri itu telah diculik oleh Jin Pergau. Rakyat jelata turut bersimpati dan berbincang cara untuk selamatkan Puteri Delima Mewangi.

Dalam masa yang sama, Raja Maliki membuat perjanjian bahawa sesiapa sahaja yang berjaya selamatkan puteri baginda dan membunuh Jin Pergau, akan dikahwinkan dengan Puteri Delima Mewangi.

Raja Syah Mirdan terus menyeru Burung Helang yang pernah diselamatkannya dulu. Setelah itu, Burung Helang membawa Raja Syah Mirdan ke mahligai Jin Pergau. Di Mahligai Jin Pergau, ramai rakyat negeri itu terbunuh ketika cuba menyelamatkan Puteri Delima Mewangi.

Raja Syah Mirdan kemudiannya masuk ke mahligai Jin Pergau. Dia menggunakan tali yang diberikan oleh Nenek Kebayan untuk menjerat Jin Pergau. Jin dibunuh oleh Raja Syah Mirdan. Raja Syah Mirdan mengambil telinga, hidung dan bibir jin pergau sebagai bukti. Rakyat jelata juga datang ambil. Helang pun datang dan hantar Raja Syah Mirdan ke istana raja.

Di istana raja, ramai rakyat berkelahi kerana mengaku membunuh Jin Pergau. Raja Syah Mirdan hanya duduk di bawah pokok depan istana. Puteri Delima Mewangi nampak Raja Syah Mirdan dan memberitahu Raja Maliki bahawa Raja Syah Mirdan yang membunuh jin dan menyelamatkannya.

Raja Maliki memanggil Raja Syah Mirdan dan minta bukti pem

Setelah itu, rakyat jelata rupa-rupanya tidak berpuas hati dengan perkahwinan antara Raja Syah Mirdan dengan Puteri Delima Mewangi. Dengan itu, berlakulah peperangan antara rakyat jelata dengan Raja Syah Mirdan.

Dalam kekecohan ini, Raja Syah Mirdan telah menggunakan bantuan daripada ular, helang dan juga tali. Ular besar telah mengeluarkan api daripada mulutnya. Helang pula telah mematuk kepala musuh, manakala tali digunakan untuk mengikat mereka. Oleh itu, dengan bantuan ketiga-tiganya Raja Syah mirdan akhirnya menang dalam peperangan ini dan kembali hidup bahagia bersama Puteri Delima Mewangi.

bunuhan Jin Pergau. Setelah melihat semua bukti, Raja Maliki kemudiannya menunaikan janjinya untuk menikahkan puterinya dengan Raja Syah Mirdan. Akhirnya, Raja Syah Mirdan dan Puteri Delima Mewangi pun berkahwin.