'': FOLLOWER :''

Isnin, 14 September 2009

:^: Cinta Antara Kita :^:
sejak dari dulu
ku menyintaimu
kau tahu begitu
namun kau berpura
ku masih teringat
kau peluk diriku
yg telah membuat ku menyintai mu
sudah berapa lama
diriku ini tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku sebagaimanaku rinduimu
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg….

setelah kau pergi
jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usiaku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg….
^
^
ku kan berjanji menyintamu sayang....
:
:
............
Kirimkan aku satu rasa
Agar aku bisa dekat padanya
............

Sabtu, 12 September 2009

<: Dunia Baru :>

Salam Ramadhan...
Beberapa hari saja lagi Aidilfitri menjelma...
Dulu...saat itu dinanti penuh kesabaran...
Persiapan raya...biskut dan kek...aku yang sediakan
aku paling gemar membuat biskut raya..walaupun rumit, yang penting aku puas
kerana dapat siapkan sesuatu yang aku minat...kini...
masa untuk itu semua sudah berkurangan...
kesibukan di kampus, dengan tugasan, tesis dan berulang-alik ke Saujana Putra...
lagi..aku sudah bergelar ISTERI..
...Raya 2009...
18hb ptg (jumaat) aku dan suami akan bertolak pulang ke kampung..
ikut perancangan..
kami akan bersahur di rumahku (Kg Sireh)..
dan berbuka di rumah Mertua (kedai Mulong)...
Raya Pertama...
dan inilah kali pertama aku menyambut syawal di luar rumah sendiri...
macam mana lah rasa saat itu? raya kedua barulah giliran rumah aku...
harap-harap..dengan adanya dua rumah ini, akan meriahkan lagi sambutan syawal kami..
Rindu UMI, ABAH, ADIK...Muahhh

Jumaat, 11 September 2009

ROSNA ATIFAH ZAKARIA

...SELAMAT HARI LAHIR...

Ucapan selamat hari lahir buat adik tersayang...ROSNA ATIFAH ZAKARIA...
Semoga panjang Umur
Semoga Sihat Sokmo
Semoga Murah Rezeki..(nti leh blanje aku)
Semoga berjaya dalam hidup
Semoga cepat habis belajar..(Keje Cepat2...Gaji pertama blanje aku tau)
Semoga Ceria sokmo
Semoga..bla..bla..bla...
Muahh...


Si Degil vs Si Ego

antara degil dan ego...
bertemu tanpa dirancang..
berpisah tanpa dipinta...
Si Degil dengan kedegilannya...
Si Ego dengan keegoaannya...
.
..
...
..
.
setiap insan mempunyai dua sifat ini...cuma...
yang membezakan kita adalah tahap keegoan dan tahap kedegilan kita...
sesetengah insan menganggap, ego yang tinggi penting untuknya...penting ke?
tapi, bagi sesetengah insan, ego yang terlalu tinggi hanya menyusahkan diri sendiri dan orang lain...bahkan, apa yang dikehendaki belum tentu berjaya dicapai kerana dibentengi oleh ego yang telampau dipuja-puja itu...
tak salah sekiranya kita ketepikan dahulu ego itu untuk sesuatu yang paling penting...dan...tidak salah sekiranya ego yang diketepikan itu diambil kembali apabila diperlukan...
Kisah Si Degil pula, baginya degil amat penting. baginya, kerana kedegilannyalah dia berjaya dan dapat mencapai apa yang diingini dan dihajati...Si Degil selalu juga mengatakan bahawa kedegilannya selari dengan semangatnya..dan...kerana itulah usahanya makin berhasil...jadi, degil sahaja belum cukup untuk kita menggapai bintang yang dicari...
Apabila Si Degil bertemu dengan Si Ego...bertahankah mereka?
sesetengah insan menganggap pertemuan ini akan bertahan kerana kedua-dua mereka agak serasi...namun, ada juga yang menganggap pertemuan tersebut tidak akan ke mana..kenapa?
Ini kerana Si Degil dan Si Ego tidak boleh bersama. Jauh sekali untuk disatukan. Masig-masing dengan keegoan dan kedegilan sendiri.. Si Ego tak mungkin akan menurut kehendak Si Degil..kerana dia kan Si Ego...Si Degil pula hanya akan patuh pada awalnya sahaja, maksudnya, diketepikan sebentar degilnya itu, tapi pada saat-saat akhir...dia tetap dengan degilnya....
Si Ego pula yang mempunyai tahap keegoaan yang tersangat tinggi, tidak akan melepaskan egonya walaupun sesaat..dan baginya, lebih rela kehilangan Si Degil...
*
*
Sampai bilakah Si Ego dan Si Degil akan berterusan begini?
Tidak mahukah mereka mengubah persepsi insan lain terhadap mereka?
yang pasti..olehkah Si Degil dan Si Ego itu bersatu? (dalam semua hal)