'': FOLLOWER :''

Sabtu, 28 Mac 2009

Pengembaraan Raja Syah Mirdan

ha..ni muka depan buku cerita aku.

ni buku cerita pertama aku...cerita asalnya drpd atukku sendiri. cerita ni dibuat semata2 nk siapkan tugasan yg diberi oleh pensyarah...penat, tp berbaloi...puas hati sgt..ape yg menariknye...aku mls nk lukis...jd, aku ambikje gmbr2 dr internet.mtk mt dan terima kasih kpd tuan empunya gmbr.


Alkisah tentang seorang raja yang kalah dalam peperangan. Raja Bikarama Syah dan permaisuri telah melarikan diri ke dalam hutan. Ketika itu, permaisuri baginda sedang sarat mengandung. Setibanya di dalam hutan, baginda mendirikan sebuah bangsal dan dijadikan tempat menanam padi bukit.
Setelah genap bulannya, permaisuri Mewangi selamat melahirkan seorang putera. Baginda dan permaisuri menamakan putera mereka Raja Syah Mirdan.
Pada suatu hari, Raja Bikarama Syah memerlukan alat untuk melakukan kerja-kerjanya. Puas dicarinya dan akhirnya baginda menemui sebilah parang di dalam semak. Dijadikan cerita, parang itulah digunakan Raja Bikarama Syah untuk melakukan kerja-kerja sehingga putera baginda meningkat dewasa.
Pada suatu hari, Raja Bikarama Syah telah membuat satu perangkap untuk menjerat binatang. Setiap hari jerat baginda mengena. Itulah rezeki baginda untuk menyara keluarga. Disebabkan Raja Syah Mirdan telah meningkat dewasa, Raja Bikarama Syah telah mengarahkan putera baginda untuk meneruskan kerja menjerat binatang. Pada suatu hari, jerat baginda mengena seekor Burung Helang.
“Wah, inilah rezeki aku hari ni! Elok benar kiranya aku menjual helang ini di pasar. Bolehlah aku belikan bekalan makanan kami sekeluarga nanti” Fikir Raja Syah Mirdan.
“ Hey Tuanku. Lepaskanlah patik. Jika tuanku lepaskan patik, patik akan bantu tuanku apabila tuanku dalam kesusahan.” Rayu helang yang masih berada dalam jerat Raja Syah Mirdan.
Ekoran rayuan helang itu, Raja Syah Mirdan terus melepaskan helang tersebut dan terus pulang ke rumah. Setelah diberitahu akan cerita tersebut kepada ayahanda baginda, Raja Bikarama Syah hanya sekadar mendiamkan diri.
Hari berikutnya, jerat Raja Syah Mirdan terkena lagi. Kali ini terkena seekor ular yang sangat besar. Girang hati baginda dengan kejayaan itu.
Dalam hati baginda berdetik, “Kali ini, besar rezeki aku. Baik aku ambil dan jual di pasar. Pasti ramai yang ingin membelinya. Nanti orang akan ambil kulitnya. Wah, tentu ayahanda dan bonda gembira.” Raja Syah Mirdan bercakap sendirian
“Hey Tuanku. Lepaskanlah patik. Patik janji dengan tuanku, patik akan tolong tuanku bila tuanku dalam kesusahan. Lepaskanlah patik tuanku.” Rayu ular.
Sekali lagi Raja Syah Mirdan melepaskan hasil jeratan baginda. Tapi, kali ini baginda begitu dimarahi oleh Raja Bikarama Syah. Raja Bikarama Syah kesal kerana putera baginda begitu lurus dengan menurut sahaja kehendak mangsa mereka.
Setelah dimarahi ayahandanya, Raja Syah Mirdan bertindak mengurung diri di kamar dan enggan makan. Baginda merajuk kerana ayahandanya marah. Pada malam itu, Raja Syah Mirdan bertindak untuk lari dari rumah. Baginda membawa bekalan makanan seperti roti kering dan satu cerek air. Di tengah-tengah hutan, Raja Syah Mirdan bertemu dengan Nenek Kebayan. Nenek Kebayan kelihatan lapar lalu minta bekalan makanan Raja Syah Mirdan.
“Cucu bawa apa?” Tanya Nenek Kebayan kepada Raja Syah Mirdan.
“Saya bawa roti kering dan air, nek.” Balas Raja Syah Mirdan.
“Nenek laparlah cu…”
Dengan itu, Raja Syah Mirdan terus membuka bekalan makanannya. Alangkah terkejutnya baginda apabila bekalan roti keringnya tadi telah bertukar menjadi hidangan makanan yang cukup enak. Raja Syah Mirdan dan Nenek Kebayan kemudiannya makan bersama-sama.......
bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan