'': FOLLOWER :''

Sabtu, 4 April 2009

Pengembaraan Raja Syah Mirdan II

Selesai makan, Nenek Kebayan mengucapkan terima kasih kepada Raja Syah Mirdan. Sebelum pergi, Nenek Kebayan telah menghadiahkan tali yang besar dan panjang kepada Raja Syah Mirdan.

“Cucu bawalah tali ni, kalau ditimpa kesusahan… tali ini boleh membantu cucu.” Pesan Nenek Kebayan sambil menghulurkan tali tersebut kepada Raja Syah Mirdan.

Raja Syah Mirdan meneruskan perjalanannya. Kemudian, baginda tiba di sebuah tasik yang sangat luas. Raja Syah Mirdan tidak boleh menyeberang tasik itu. Kemudian, datang seekor ular yang sangat besar.

“Ha… ni lah makanan aku hari ini.” Kata ular tersebut.

“Hey ular, kau lupa ke? Aku yang tolong kau dulu.” Balas Raja Syah Mirdan.

“Ampun tuanku. Patik lupa dan tak mengenali tuanku. Tuanku nak ke mana?

“Seberang” balas Raja Syah Mirdan ringkas.

“Baiklah. Tuanku meniti saja atas belakang patik.”

Akhirnya Raja Syah Mirdan berjaya juga menyeberangi tasik itu dengan bantuan ular besar.

Raja Syah Mirdan meneruskan lagi perjalanannya dan tiba disebuah perkampungan. Negeri itu mempunyai masalah besar. Puteri raja negeri itu telah diculik oleh Jin Pergau. Rakyat jelata turut bersimpati dan berbincang cara untuk selamatkan Puteri Delima Mewangi.

Dalam masa yang sama, Raja Maliki membuat perjanjian bahawa sesiapa sahaja yang berjaya selamatkan puteri baginda dan membunuh Jin Pergau, akan dikahwinkan dengan Puteri Delima Mewangi.

Raja Syah Mirdan terus menyeru Burung Helang yang pernah diselamatkannya dulu. Setelah itu, Burung Helang membawa Raja Syah Mirdan ke mahligai Jin Pergau. Di Mahligai Jin Pergau, ramai rakyat negeri itu terbunuh ketika cuba menyelamatkan Puteri Delima Mewangi.

Raja Syah Mirdan kemudiannya masuk ke mahligai Jin Pergau. Dia menggunakan tali yang diberikan oleh Nenek Kebayan untuk menjerat Jin Pergau. Jin dibunuh oleh Raja Syah Mirdan. Raja Syah Mirdan mengambil telinga, hidung dan bibir jin pergau sebagai bukti. Rakyat jelata juga datang ambil. Helang pun datang dan hantar Raja Syah Mirdan ke istana raja.

Di istana raja, ramai rakyat berkelahi kerana mengaku membunuh Jin Pergau. Raja Syah Mirdan hanya duduk di bawah pokok depan istana. Puteri Delima Mewangi nampak Raja Syah Mirdan dan memberitahu Raja Maliki bahawa Raja Syah Mirdan yang membunuh jin dan menyelamatkannya.

Raja Maliki memanggil Raja Syah Mirdan dan minta bukti pem

Setelah itu, rakyat jelata rupa-rupanya tidak berpuas hati dengan perkahwinan antara Raja Syah Mirdan dengan Puteri Delima Mewangi. Dengan itu, berlakulah peperangan antara rakyat jelata dengan Raja Syah Mirdan.

Dalam kekecohan ini, Raja Syah Mirdan telah menggunakan bantuan daripada ular, helang dan juga tali. Ular besar telah mengeluarkan api daripada mulutnya. Helang pula telah mematuk kepala musuh, manakala tali digunakan untuk mengikat mereka. Oleh itu, dengan bantuan ketiga-tiganya Raja Syah mirdan akhirnya menang dalam peperangan ini dan kembali hidup bahagia bersama Puteri Delima Mewangi.

bunuhan Jin Pergau. Setelah melihat semua bukti, Raja Maliki kemudiannya menunaikan janjinya untuk menikahkan puterinya dengan Raja Syah Mirdan. Akhirnya, Raja Syah Mirdan dan Puteri Delima Mewangi pun berkahwin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan