'': FOLLOWER :''

Jumaat, 11 September 2009

Si Degil vs Si Ego

antara degil dan ego...
bertemu tanpa dirancang..
berpisah tanpa dipinta...
Si Degil dengan kedegilannya...
Si Ego dengan keegoaannya...
.
..
...
..
.
setiap insan mempunyai dua sifat ini...cuma...
yang membezakan kita adalah tahap keegoan dan tahap kedegilan kita...
sesetengah insan menganggap, ego yang tinggi penting untuknya...penting ke?
tapi, bagi sesetengah insan, ego yang terlalu tinggi hanya menyusahkan diri sendiri dan orang lain...bahkan, apa yang dikehendaki belum tentu berjaya dicapai kerana dibentengi oleh ego yang telampau dipuja-puja itu...
tak salah sekiranya kita ketepikan dahulu ego itu untuk sesuatu yang paling penting...dan...tidak salah sekiranya ego yang diketepikan itu diambil kembali apabila diperlukan...
Kisah Si Degil pula, baginya degil amat penting. baginya, kerana kedegilannyalah dia berjaya dan dapat mencapai apa yang diingini dan dihajati...Si Degil selalu juga mengatakan bahawa kedegilannya selari dengan semangatnya..dan...kerana itulah usahanya makin berhasil...jadi, degil sahaja belum cukup untuk kita menggapai bintang yang dicari...
Apabila Si Degil bertemu dengan Si Ego...bertahankah mereka?
sesetengah insan menganggap pertemuan ini akan bertahan kerana kedua-dua mereka agak serasi...namun, ada juga yang menganggap pertemuan tersebut tidak akan ke mana..kenapa?
Ini kerana Si Degil dan Si Ego tidak boleh bersama. Jauh sekali untuk disatukan. Masig-masing dengan keegoan dan kedegilan sendiri.. Si Ego tak mungkin akan menurut kehendak Si Degil..kerana dia kan Si Ego...Si Degil pula hanya akan patuh pada awalnya sahaja, maksudnya, diketepikan sebentar degilnya itu, tapi pada saat-saat akhir...dia tetap dengan degilnya....
Si Ego pula yang mempunyai tahap keegoaan yang tersangat tinggi, tidak akan melepaskan egonya walaupun sesaat..dan baginya, lebih rela kehilangan Si Degil...
*
*
Sampai bilakah Si Ego dan Si Degil akan berterusan begini?
Tidak mahukah mereka mengubah persepsi insan lain terhadap mereka?
yang pasti..olehkah Si Degil dan Si Ego itu bersatu? (dalam semua hal)

1 ulasan:

  1. sedikit pengamatan yang melelahkan:
    ego satu perkara yang subjektif dan tiada makna tepat! Ya, tiada makna tepat. untuk pengetahuan, semua orang ada egonya, bergantung pada tahap dan keupayaannya mengawal!

    kedegilan saya rasa tidak semua orang ada. kerana ianya lebih sesuai dirujuk kepada kelakuan kanak-kanak yang tidak mahu menurut kata.

    walaupun begitu, untuk makna yang lebih luas, degil juga dirujuk kepada keengganan melakukan sesuatu.

    sekian.

    BalasPadam