'': FOLLOWER :''

Sabtu, 26 Februari 2011

NOVEL DLKP: PERSOALAN

Berdasarkan novel Dari Lembah ke Puncak, lengkapkan lembaran pengurusan grafik yang berikut:

PERSOALAN

PERISTIWA

Kegigihan menghadapi cabaran hidup


· Jalil gigih menghadapi cabaran hidup yang ditempuhnya tanpa ibu dan bapanya. Dia bersekolah pada waktu pagi dan mengulangkaji pelajaran pada waktu petang sebelum pergi ke sawah.

· Kehidupannya terancam oleh kebencian masyarakat kampungnya.

Tanggungjawab seorang anak.

· Jalil sentiasa member wang belanja kepada ibunya di kampung, walaupun sentiasa sibuk dengan kerjaya di Bandar.

· Jalil membina rumah untuk ibunya di tapak rumah lamanya.

· Jalil tidak lupa menziarahi pusara bapanya.

Sikap simpati dan tolong-menolong

- Latifah simpati terhadap Jalil yang tinggal seorang diri di pondok yang daif. Dia sering menghantar makanan kepada Jalil.

Perkahwinan paksa untuk menutup keaiban.

· Biah dipaksa berkahwin dengan sepupunya kerana telah hamil akibat sumbang mahram.

Gejala lari rumah dalam kalangan remaja

· Biah lari dari rumah kerana keadaan keluarga yang tidak tenteam dan dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya.

Penindasan terhadap kaum wanita

· Biah telah menjadi mangsa sumbang mahram, tetapi tidak ada usaha untuk membela nasibnya mengikut undang-undang.

Perjanjian lisan yang terdedah kepada penipuan

· Jalil membuat perjanjian lisan dengan Pak Amat untuk mebeli semula tanah miliknya dengan harga asal. Namun, Pak Amat telah mungkir janji dengan meminta bayaran 10 ribu ringgit.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan