WATAK DAN PERWATAKAN
Watak | Perwatakan (Seorang yang …) | Huraian/Peristiwa |
Jalil | Anak bongsu kepada Mak Teh dan Pak Teh. Bertubuh kurus, pemalu serta pendiam. Berkahwin dengan Latifah pada usia lewat 30-an. | |
Prihatin | Prihatin terhadap ibu dan bapanya. Jalil sentiasa membantu bapanya di sawah dan mengirimkan wang kepada ibunya semasa bekerja di bandar. | |
Sabar dan tabah | Tabah menghadapi cabaran dalam hidup. Dia tidak mudah kecewa apabila berhadapan dengan masalah, sebaliknya kekecewaan itu menjadi pembakar semangatnya. Dia membina pondok apabila rumahnya dirobohkan. | |
Rajin dan gigih | Jalil rajin bekerja di sawah. Ketika bekerja dengan Joe, dia jarang mengambil cuti, walaupun hari minggu. | |
Penyayang | Jalil menyayangi setiap yang dimilikinya. Dia menyayangi “Awang”, kerbau tua yang telah membantunya di sawah. | |
Amanah | Jalil tetap berpegang pada amanah bapanya untuk mendapatkan kembali tanah pusaka mereka. | |
Pemaaf | Jalil sedia memaafkan Kudin dan tidak pernah berdendam pada Kudin. | |
Berbakat dalam bidang seni | Jalil pandai melukis semasa remaja dan tahu meniup serunai sert memukul gendang silat. | |
Bijak mengatur masa | Jalil bijak membahagikan masa antara belajar dengan bekerja di sawah. | |
Pak Teh | Bapa Jalil dan suami Mak Teh. Meninggal dunia ketika Jalil berusia 16 tahun. | |
Gigih | Gigih berusaha untuk mendapatkan geran tanah dengan membuat permohonan di Pejabat Tanah Pendang. | |
Tegas | Tegas dalam mempertahankan hak. Pak Teh tegas mempertahankan haknya sehingga mengangkat parang apabila Ah Tong cuba mengubah sempdan tanh miliknya. | |
Rajin | Pak Teh rajin bekerja. dia menangkap burung, memancing ikan serta membuat bubu di luar musim bersawah. | |
Penyabar | Pak Teh besabar dan menurut kehendak Mak Teh untuk menjual tanah bagi membeli motosikal yang dikehendaki Muhsin. | |
Mak Teh | Emak Jalil dan isteri Pak Teh. Berasal dari Kampung Bukit Tempoyak. | |
Terburu-buru | Terburu-buru dalam mengambil tindakan. Dia berpindah dan menjual tanahnya dengan harga yang sangat murah kerana tidak tahan dengan cercaan orang-orang kampung. | |
Pilih kasih | Lebih sayangkan Muhsin daripada Jalil dan kakaknya. | |
Tidak mudah mengalah | Dia meminang anak dara dari Yan untuk Muhsin kerana tidak mahu kalah dengan Pak Ngah Kadir. | |
Suka mendesak | Mendesak Pak Teh supaya menjual tanah untuk membeli motosikal yang dikehendaki Muhsin. | |
Latifah | Anak bongsu Pak Lang Ali dan Mak Tiah. 3 atau 4 tahun lebih muda daripada Jalil. Berkahwin dengan Jalil pada usia 30-an. | |
Matang serta penyabar | Dia tidak melawan ketika disindir oleh kakaknya Fauzia dan Hasnah. | |
Prihatin | Dia prihatin terhadap penderitaan yang dihadapi Jalil. Dia sering menghantar makanan kepada Jalil. | |
Setia | Latifah masih menyimpan resit yuran peperiksaan Jalil semasa di tingkatan lima. | |
Pak Ngah Kadir | Suami Mak Yam dan ayah Biah. Jarang ke surau. Suka menghabiskan masa di kedai kopi. Terlibat dengan sumbang mahram dan dipenjarakan. | |
Panas Baran | Bersikap garang dan pemarah jika kalah main mahjung. Sering memukul Mak Yam, Biah dan Imah. | |
Pilih kasih | Dia lebih menyayangi anak lelakinya, Kudin. | |
Tidak bertanggungjawab | Hidup senang dengan bergantung pada anaknya untuk memenuhi keperluan hidup. | |
Abang Joe | Pemilik gerai lukisan di Pasar Budaya. Anak yatim piatu.Seorang duda. Berambut panjang dan diikat kemas, kurus. Hampir 10 tahun lebih tua dripada Jalil. Tidak berpendidikan tinggi. | |
Prihatin | Prihatin tehadap Jalil yang baru tiba dari kampung. Dia juga sering menasihati Jalil supaya balik menemui ibunya. | |
Tenang dan Penyabar | Tenang ketika berhadapan dengan orang-orang kampung untuk mewakili Jalil bagi urusan projek Taman Tema Bukit Nibung. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan